Bagi anda yang biasa menternak budgie, pasti survival anak budige menjadi masalah utama. Memang benar budgie mudah membiak, tapi menghasilkan anak yang hidup dan sihat tidak semudah yang disangkakan.
Kebiasaannya budgie akan bertelur purata 6 biji semusim. Tetapi ada yang juga yang bertelur hanya 3 biji dan ada juga yang bertelur sehingga 14 biji. Telalu banyak telur tapi tidak semua yang menetas. Telur tidak akan menetas jika tidak subur (tidak disenyakawan oleh sperma jantan). Telur yang terlalu banyak tidak muat utk betina duduk mengeramkan semuanya. Hadkan telur kepada 6-7 biji sahaja, asingkan telur berlebihan kepasa ibu lain atau letak dlm incubator. Telur yang tidak dieram masih boleh hidup sehingga 20 hari.
Tidak semua telur menetas serentak. Budgie menghasilkan telur sebiji selang sehari. Penetasan anak juga begitu. Ini menyebabkan anak pertama yg menetas berbeza umur sehingga seminggu daripada anak yang keenam. Tengok pada saiz anak budgie kita boleh tahu yg mana menetas dulu.
Pasangan budgie akan cuba jaga semua anaknya sebaik yg boleh. Yang paling kecil akan diberi makan dulu dan diakhiri dgn yg paling besar. Namum persaingan mendapatkan makanan dari parents biasanya meyebabkan anak yang paling kecil terabai, dipijak dan mati kebuluran atau di sbb kecederaan fizikal.
Asingkan anak mengikut saiz
Hadkan anak setiap pasang kepada 6 ekor maksimum. Lagi sedikit anak lagi besar peluangnya untuk hidup. Asingkan anak mengikut umur. Tidak mengapa jika anda menukar anak budgie yang masih kecil kepada ibu budgie lain yang juga mempunyai anak. Dia akan menjaga anak budige ini seperti anaknya sendiri. (Awas jgn letakkan anak kepada pasangan yang masih mengeram )
Najis anak yg sedang membesar boleh rosakkan telur yg belum menetas... Keluarkan telur yang belum mentas sekirangnya najis anak budgie sudah mula membasahi lantai nestbox. Tumpangkan telur tadi kepada ibu lain yang masih mengeram. Tukarkan bedding atau habuk kayu sekerap yang perlu jika ini berlaku.
Tidak semua anak hidup
Menjadi lumrah, tidak semua anak hidup, sgt penting kita periksa nestbox sekurang2nya sekali sehari. Anak yang mati perlu lah dikeluarkan, elak dari jadi bangkai dan rosakkan anak-anak yang lain. Terlalu banyak sbb budgie boleh mati. Penyakit, pergaduhan, pemakanan, pemangsaan dan macam2 lagi, itu semua kita akan bincang dlm tajuk lain.
tq atas infonya
ReplyDeletetq atas info ni, mmg betul budgie bertelur selang sehari, utk dptkan anak yg menetas dlm masa yg tidak terlalu berbeza saya kutip telur dan asingkan, cuma tinggal sebiji telur yg rosak, kemudian selepas burung tidak lagi bertelur dan mula aktif mengeram baru saya eramkan semua, agak berjaya juga.
ReplyDeleteOuh cara ni boleh guna jugak yer
DeleteWebsite paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
- Adu Q
- Bandar Q
- Bandar Sakong
- Bandar Poker
- Poker
- Domino 99
- Capsa Susun
- BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )
Contact Us
Website arena-domio.net
WA : +855964967353
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop